Showing posts with label Usaha Reform di Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Usaha Reform di Malaysia. Show all posts
Prinsip Reform:Tuntut hak anda
Reform kan minda manusia amat susah.Ia memerlukan komitmen tinggi yang tidak berkesudahan.Banyak manusia dinafikan hak mereka namun mereka sendiri tidak ada usaha untuk menuntut.Hak untuk menuntut perkara yang menjadi milik kita amat perlu dan kita mesti bermatian mempertahankan hak.Misal nya tanah kita yang kita usahakan dirampas tanpa bicara jadi semestinya kita perlu bangkit tuntut secara guna undang-undang atau pun usaha lain yang dapat dilakukan sehingga hak kita dapat dikembalikan(balik asal).
Rakyat tidak selama-lama nya kita menjadi rakyat tapi kita juga perlu jadi lord atau pimpinan masyarakat.Jika kita rakyat biasa tapi kita pastikan anak anda menjadi lord.Kita hidup di negara Malaysia sebagai rakyat merdeka bukan PATI(Pendatang tanpa Izin).
Jadi kita perlu membina dan melatih anak-anak kita untuk belajar menjadi pemimpin negara ini.Jika tidak negara ini akan hanya diwarisi oleh puak-puak dan kroni-kroni pemimpin yang ada hari ini.
Perlu diingati bahawa usaha reform yang dilakukan rakyat marhein kepada anak dan keluarga mereka di Malaysia mesti berpaksikan wahyu Ilahi dan Sabda nabi.
Tidak selamanya kita akan duduk dalam gelap tapi jika anda reform anda akan dapat cahaya!.
2:13 PM
ANUGERAH DARI ISTANA
Anugerah gelaran tertinggi daripada institusi istana seperti anugerah dari Yang diPertuan Agong/Sultan/Raja/Yang dipertuan Negeri amatlah wajar kerana ia adalah satu tanda dan satu tradisi masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.
Gelaran seperti Dato’,Datuk,Tan Sri,Datuk Seri dan apa jua anugerah juga menandakan hubungan kepercayaan erat dari Istana kepada rakyat yang berjasa.Itulah kehebatan budaya Melayu di Malaysia ini.
Namun,anugerah Datuk mahupun apa jua anugerah, amat wajar diberikan secara telus dan mengambil kira jasa dan pandangan awam.
Kriteria telus dan berintegriti perlu diambil kira selain moral individu tersebut berada di tahap baik pada pandangan awam.
Kita tidak mahu anugerah diberikan pada orang-orang yang tidak layak mahupun hanya yang berpangkat serta ada nama saja sehingga kadang-kadang wujudnya title “Datuk palsu”yang boleh mengelirukan masyarakat awam.
Kes pembunuhan Datuk Sosilawati sebenarnya banyak memberikan pengajaran buat masyarakat serta kerajaan UMNO.Suspek utama kes tersebut juga bergelar Datuk.!
Apakah kerajaan Umno melihat perkara ini biasa saja sedangkan banyak penipuan berdasarkan gelaran ini berlaku di tengah masyarakat.Pakatan rakyat juga perlu desak Kerajaan supaya menyelongkar kes orang-orang berstatus tinggi untuk dibicarakan di Mahkamah jika ada.
Pimpinan Istana di Malaysia juga perlu ambil peduli isu ini.
Kami sebagai rakyat amat mengalu-alu cadangan beberapa pihak untuk disenaraikan penerima anugerah pangkat kebesaran dan lain-lain pangkat dipamerkan di laman khas.
Cadangan supaya dipamerkan nama individu yang mendapat gelaran ini perlu disokong,bukan untuk menunjuk-nunjuk, namun ia bertujuan membina integriti mahupun mengelakkan penipuan kepada golongan rakyat marhein yang mungkin berurusan dengan golongan ini.
12:59 PM
Kes Allahyarhamah Datuk Sosilawati patut membuka minda BN
Pembunuhan kejam ke atas Allahyarhamah Datuk Sosilawati sepatutnya memberikan pengajaran kepada Kerajaan Malaysia.
Isu ini ialah isu yang berkait rapat dengan corak pemerintahan Kerajaan BN dan juga merobek karenah birokrasi serta kedhaifan kerajaan dalam memantapkan tahap integriti dalam masyarakat.
Kes ini memberi ajaran kepada kita bahawa jika penjenayah berstatus"ikan bilis"maka ikan-ikan ini akan ditangkap dengan segera macam BN mengarahkan Polis menangkap penyokong-penyokong demostrasi isu ISA.
Namun jika penjenayah berstatus "ikan jerung"atau"tiger"maka pencarian bukti dan proses pendakwaan pun memakan masa sedangkan sudah banyak report Polis telah dibuat oleh orang awam.
Ada juga kemusykilan orang awam tentang konsep integriti pihak berkuasa seperti Polis.Apakah pihak Polis lupa dengan lencana integriti yang dipakai di baju seragam mereka hari-hari?.
Rakyat sebenarnya tidak terkejut dengan jenayah yang berlaku, kerana hari-hari mereka dihidangkan dengan berita jenayah seluruh negara namun rakyat menunggu apa solusi nya?Apakah isu ini dibiarkan sebagaimana biasa,?Apakah pengakhiran kepada drama jenayah yang berlaku?
Kejadian jenayah ini tidak akan berhenti di sini dan akan terus berlaku jika pemerintah tidak mengambil langkah pencegahan awal dan memikirkan semula tentang undang-undang sivil rekaan manusia yang sedia ada di Malaysia.
Apakah tidak boleh dikaji sistem undang-undang Islam yang meliputi Qisas,Hudud dan Takzir?Saya cadangkan kerajaan BN pergi belajar konsep undang-undang syariah ini dengan kerajaan Pas di Kelantan.
Rakyat mahukan perubahan dalam sistem negara.Kecekapan dan integriti Polis serta BPR amat diperlukan.Pimpinan Negara perlu telus dan wajib mengistiharkan harta mereka pada khalayak.Isu jenayah yang menjadi-jadi ini memerlukan tindakan segera dari bawah ke atas.Hayatilah agama dalam kehidupan dan bernegara.
Rakyat sedang melihat dan rakyat sudah bijak.BN akan dimuziumkan jika tidak memperkasakan sistem pemerintahan sedia ada.Teruskan Reform,baca dan terus sebarkan pada rakyat!
7:54 AM
TOKOH PEMBAHARUAN!
“Semua tokoh pembaharu mempunyai ciri yang hampir sama”.Inilah hasil perbincangan usrah dengan para student-student yang berada selama satu jam di dalam kumpulan usrah .Albanna,sya’rawi,abu ala maududi,Pak Hamka,Syed Qutb dan banyak lagi tokoh gerakan pembaharuan yang lain.
Mereka ini boleh diringkaskan mempunyai beberapa ciri berikut:
1-Keazaman yang meluap dan membara meninggikan Islam.
2-Faktor pendesak sangat kuat seperti elemen penjajahan dan keruntuhan Khilafah.
3-Kebangkitan melalui cara memperkasakan media dan menerbitkan media-media terbaru.
4-Kejahilan umat Islam semakin meningkat hasil sekularisma.
5-Proses perkaderan yang amat mantap dan tersusun.
Inilah hasil revolusioner dalam masyarakat mereka.Pangkat dan harta serta nyawa menjadi taruhan mereka asalkan maruah Islam dan anak bangsa tidak dipijak-pijak sembarang sahaja oleh petualang.Saya ingin hidupkan semangat anak muda dengan semangat itu.
12:48 PM
Usaha Reform di Malaysia-siri 1
Jika bercakap soal reform ini saya ada pandangan peribadi.Di antara partai-partai yang ada saya melihat usaha REFORM ini banyak dijalankan oleh PAS.
Pas menerajui agenda REFORM dalam masyarakat Malaysia.Usaha-usaha dakwah dan Islah dititik berat oleh Pas dalam menerajui parti politik di tanah air ini.
Pas boleh berbangga dengan kelahiran dewan himpunan penyokong Pas yang terdiri dari kaum Cina,India dan lain-lain.Tentu Yb Dr. Mujahid tersenyum memikirkan kejayaan ini.
Reform masyarakat bukan mudah!Ia bukan hanya dilihat melalui kacamata demostrasi namun ia diihat dari sudut pengislahan dan gerakan dakwah secara universal dan perkara ini yang menjadi wadah perjuangan Pas selama ini.
Gerakan REFORM adalah sunnah para anbiyak.Di saat kaum arab berada di dalam lubang sesat,Nabi Muhammad s.a.w telah dibangkit untuk menjalankan usaha besar itu.
Gerakan Reform di Malaysia tidak ketinggalan daripada kewujudan banyak NGO dan jamaah.Sudah tentu PAS adalah satu entiti jamaah dari jamaah Islam yang lain namun konsep,dasar serta ciri-ciri yang lebih rapat dengan seruan Al Qur’an,Hadis,Ijmak dan Qias menjadi pilihan solid sebahagian umat Islam di Malaysia.
Bersambung....
4:46 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)





