Prinsip Reform:Tuntut hak anda


Reform kan minda manusia amat susah.Ia memerlukan komitmen tinggi yang tidak berkesudahan.Banyak manusia dinafikan hak mereka namun mereka sendiri tidak ada usaha untuk menuntut.Hak untuk menuntut perkara yang menjadi  milik kita amat perlu dan kita mesti bermatian mempertahankan hak.Misal nya tanah kita yang kita usahakan dirampas tanpa bicara jadi semestinya kita perlu bangkit tuntut secara guna undang-undang atau pun usaha lain yang dapat dilakukan sehingga hak kita dapat dikembalikan(balik asal).

Rakyat tidak selama-lama nya kita menjadi rakyat tapi kita juga perlu jadi lord atau pimpinan masyarakat.Jika kita rakyat biasa tapi kita pastikan anak anda menjadi lord.Kita hidup di negara Malaysia sebagai rakyat merdeka bukan PATI(Pendatang tanpa Izin).

Jadi kita perlu membina dan melatih anak-anak kita untuk belajar menjadi pemimpin negara ini.Jika tidak negara ini akan hanya diwarisi oleh puak-puak dan kroni-kroni pemimpin yang ada hari ini.

Perlu diingati bahawa usaha reform yang dilakukan rakyat marhein kepada anak dan keluarga mereka di Malaysia mesti berpaksikan wahyu Ilahi dan Sabda nabi.

Tidak selamanya kita akan duduk dalam gelap tapi jika anda reform anda akan dapat cahaya!.

0 comments :: Prinsip Reform:Tuntut hak anda