Apabila melihat kepimpinan baru PKR yang baru selesai kongres maka ia menamatkan "perang kecil" di antara calon-calon bertanding.Buang yang keruh ambil yang jernih.

Agenda reform tidak memerlukan orang jiwa kecil tapi ia perlu dipimpin oleh orang jiwa besar.

Saya  tidak sempat ke kongres tapi hanya berada di restoren mamak beberapa puluh kilometer dari pintu kongres.Tak sempat nak pergi,jumpa kawan dari portal maya The Malaysian Insider.Diskus punya lama dari pagi ke petang.

Malaysia memerlukan pemuka baru dalam industri politik.Pemimpin yang menerima baik idea baru sesuai dengan zaman terkini dan sensasi.

Period masa tidak menunggu kita.Pemuka baru perlu lebih tenaga melebihi kebiasaan untuk membangun negara.Pimpinan korup hari ini mesti ditolak rakyat.

PKR ada kawan baik seperti Pas.Pas mampu pergi jauh.Minyak hitamnya tahan lama.Parti Islam itu perlu menongkah arus kebiasaan dan merubah pendekatan statik dan sterostype  kepada pendekatan lebih sesuai dengan zaman terkini namun masih lagi berada lama frame Islam.

Ahli Pas perlu jiwa besar dan cerdik.Bagaimana untuk deliver topik Islam dengan cara paling baik kepada mad'uu atau golongan sasar.

Ahli Pas jarang membantah pimpinan,malah mereka kadang-kadang tidak mahu jawatan dalam parti tapi hanya mahu membantu parti Islam itu menenggelamkan UMNO dan BN.

Pas hidup dengan nadi rakyat dan sokongan padu ahlinya yang komited dengan sedekah dan dibantu dengan doa golongan marhein di seluruh Malaysia.

PKR perlu realistik untuk menerima PAS menjadi leader Pakatan rakyat.

Parti Islam Pas perlu bersedia awal untuk menggantikan Umno.

0 comments ::