Anugerah gelaran tertinggi daripada institusi istana seperti anugerah dari Yang diPertuan Agong/Sultan/Raja/Yang dipertuan Negeri amatlah wajar kerana ia adalah satu tanda dan satu tradisi masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.
Gelaran seperti Dato’,Datuk,Tan Sri,Datuk Seri dan apa jua anugerah juga menandakan hubungan kepercayaan erat dari Istana kepada rakyat yang berjasa.Itulah kehebatan budaya Melayu di Malaysia ini.
Namun,anugerah Datuk mahupun apa jua anugerah, amat wajar diberikan secara telus dan mengambil kira jasa dan pandangan awam.
Kriteria telus dan berintegriti perlu diambil kira selain moral individu tersebut berada di tahap baik pada pandangan awam.
Kita tidak mahu anugerah diberikan pada orang-orang yang tidak layak mahupun hanya yang berpangkat serta ada nama saja sehingga kadang-kadang wujudnya title “Datuk palsu”yang boleh mengelirukan masyarakat awam.
Kes pembunuhan Datuk Sosilawati sebenarnya banyak memberikan pengajaran buat masyarakat serta kerajaan UMNO.Suspek utama kes tersebut juga bergelar Datuk.!
Apakah kerajaan Umno melihat perkara ini biasa saja sedangkan banyak penipuan berdasarkan gelaran ini berlaku di tengah masyarakat.Pakatan rakyat juga perlu desak Kerajaan supaya menyelongkar kes orang-orang berstatus tinggi untuk dibicarakan di Mahkamah jika ada.
Pimpinan Istana di Malaysia juga perlu ambil peduli isu ini.
Kami sebagai rakyat amat mengalu-alu cadangan beberapa pihak untuk disenaraikan penerima anugerah pangkat kebesaran dan lain-lain pangkat dipamerkan di laman khas.
Cadangan supaya dipamerkan nama individu yang mendapat gelaran ini perlu disokong,bukan untuk menunjuk-nunjuk, namun ia bertujuan membina integriti mahupun mengelakkan penipuan kepada golongan rakyat marhein yang mungkin berurusan dengan golongan ini.
0 comments :: ANUGERAH DARI ISTANA
Post a Comment