Non muslim dan Masjid!


1.      Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

2.      Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3.      Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.

4.      Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.

5.       Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.
          6.Lawatan Queen Elizabeth II ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - 14 Oktober 1989 Queen Elizabeth II dalam lawatan beliau ke perkarangan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 14 Oktober 1989. Turut mengiringi ketika itu ialah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah yang pada ketika itu merupakan Raja Muda Negeri Selangor.(MASUK PAKAI SKIRT PENDEK)
7.Rosmah masuk masjid tak tutup/xkelubung
Jadi apa masalah apabila ;

1-Ahli parlimen siputeh,Teresa Kok pakai skirt ketika hadir prog buka puasa d msjd Nurusaadah Cheras
2-Ahli parlimen serdang,Teo Nie Ching masuk surau Alhuda di kajang.

Rakyat... baca n fikir sendiri...

`#fakta di atas  dari plbagai sumber blog.

0 comments :: Non muslim dan Masjid!