REFORM MEDIA NEGARA


Saya tidak lah mengata akhbar kita tidak molek tapi banyak menurut sangat kehendak pemerintah.Ada pun isu-isu yang ada kadang-kadang tidak seimbang dan tidak membuka pemikiran rakyat.

Try kita sekali sekala membaca berita luar negara seperti nytimes,washingtonpost.almanar.

Media arus perdana harus mendidik rakyat.Harus imarahkan di media mereka untuk rakyat sentiasa berfikiran terbuka dan tidak mendera rakyat dengan isu yang hanya memutar belit serta AUTA.

Ada akhbar baru-baru ini yang dakwa jualan mereka jatuh merudum!Jatuh tergolek-golek kerana mungkin rakyat Malaysia sudah sedar dan mulai guna Broadband (cap apa tak tau-semua lembab).

Baru-baru ini ada media yang buat kesilapan besar iaitu siarkan iklan raya Aidilfitri yang mengguriskan hati majoriti umat Islam di Malaysia.Ada sesetengah masyarakat dakwa iklan tersebut ada unsur virus-virus Yahudi.

Media adalah sumber maklumat rakyat.Hari-hari rakyat tengok TV.Warga emas ada yang tidak tengok rancangan lain tapi berita masih menjadi pujaan mereka.

Hari-hari rakyat baca dan tengok berita dalam media tapi kalau media menipu dan hanya menjadi talibarut serta unit propanganda kerajaan maka sewajibnnya media sekarang perlu diREFORM kan.

0 comments :: REFORM MEDIA NEGARA