Tugas kita Generasi Reform!!


Perlu orang muda gerakan operasi gerak sedar kepada orang kampung kita.Jika nelayan pun nelayanlah kita kena brief untuk mereka tahu bahawa mereka itu penting untuk Negara.


Jika tiada nelayan mana ada ikan di rumah dan di hotel!Jika penoreh lagi dasyat,jika tiada getah mana boleh Malaysia join industri perusahaan!

Maka,penoreh getah kena kita “ayat”untuk mereka faham berertinya mereka pada Negara dan ajar  mereka supaya  tidak mudah dibodohkan oleh malaun-malaun pemerintah yang jahil.Begitulah missalnya agenda reform yang ingin kita gerakkan!

Jadi apa isi yang kita perlu terangkan kepada mujtama’ qoryah(masyarakat kampung) ini?Mereka kadang-kadang sebenarnya lebih genius daripada orang intelektual di bandar.

Isu yang kita kena brief pada mereka ialah isu hak dan politik semasa.

Hak aku, hak engkau dan yang penting ialah “engkau mempertahankan hak engkau” daripada dicaca merba oleh orang lain.

Jika bercakap isu politik,kita mesti menerangkan sejauh mana mereka mengetahui kuasa mengundi dan berani meluahkan hak sebagai rakyat kepada pemimpin yang dipilih.

Barulah betul,barulah pemimpin tidak hanya tidur dan datang merasmi program serta terus blah naik kereta besar!

Yang penting gerakkan mereka untuk memilih Pakatan daripada Keris pada PRU akan datang!

0 comments :: Tugas kita Generasi Reform!!