Tahap operasi gerak kesedaran!


Ayat ini ayat dalam bahasa mudah dan sorih (jelas)pada umat Islam dalam


melaksanakan misi reform di muka bumi Allah s.w.t ini.

Namun,memang benarlah bahawa bercakap benarlah walau ia pahit atau kelat

atau memuntahkan.

Pertama ayat qur’an itu merungkai tahap reform dalam operasi harian manusia ialah:

1-Serulah(dakwahlah)ke jalan Allah s.w.t(berpandukan petunjuk Alqur’an dan Al hadis)


2-Hikmat@Kebijaksanaan.


3-Nasihat yang baik.


4-Berdebat(hujah)dengan cara lebih baik.

Konsep yang salah ialah mendiam diri daripada maksiat dan kemusnahan yang berlaku di sekitar kita.Sampai bila kita harus berdiam diri sedangkan Allah S.W.T sudah sediakan tips untuk generasi reformis.Yakinlah pada Allah!

Generasi reformis terdahulu ternyata memahami tahap operasi untuk duduk di dalam kolompok masyarakat.Mereka memahami isi yang disuruh oleh Tuhan melalui Qur'an.

Tahap-tahap untuk memulakan operasi gerak kesedaran perlu merujuk kepada Qur'an dan Hadis.Gerak kesadaran ini memerlukan kitab panduan.

Ayuh generasi reform kita bangunkan ummah!

0 comments :: Tahap operasi gerak kesedaran!