Akal waras terima hukum Tuhan

Anugerah yang tidak ternilai pada manusia ialah akal.Akal adalah hadiah dan ia ciri kelainan berbanding haiwan.
Manusia kadang-kadang ingkar pada anugerah ini!Konsep melawan akal yang waras terus menjadi perlembagaan segelintir manusia.
Jika kita tinjau di negara kita,pemuda dan pemudi yang terlibat dengan gejala rempitan mahupun bobrok sosial berpunca dari konsep melawan anugerah akal.
Kita tidak pertikaikan agama namun akal yang waras tidak akan menerima konsep hidup yang bersalahan dan berlawanan dengan apa jua moral.
Saya pernah melihat perbuatan yang tidak masuk akal dan hasilnya ialah kosong dan merana.
Allah s.w.t mengatakan manusia sesat umpama "kal an'aam bal hum adhol"seperti haiwan melata bahkan mereka lebih sesat daripada haiwan melata".
Negara kita seperti mendiamkan diri apabila isu bobrok sosial dibicarakan.Kita tidak melihat satu solusi tegas untuk melawan arus kebiasaan dengan mencuba pula undang-undang tuhan.Jelas,isu ini melambangkan ketidakwarasan dalam berfikir dan berpolitik.
Akal yang waras menerima wahyu agama kerana Tuhan yang menciptakan akal.
Para cerdik pandai pula,tidak cuba mewaraskan akal selaras dengan imu wahyu iaitu Qur'an.Qur'an juga selalu menyuruh golongan ini dengan seruan"afala ta'kiluun"tidakkah kamu berfikir!
Sebagai anak muda Malaysia,saya pasti nada kita adalah serupa apabila kita mengkaji dan menyelidik Qur'an dan sumber kedua iaitu Hadis.
Akal yang sihat akan mengiakan peranan Qur'an! Solusi untuk kembali ke garisan penamat ialah akal waras dan Qur'an dan Hadis.Statistik gejala sosial di Malaysia makin bertambah bebannya dan tiada tanda-tanda penurunan,maka sedarlah wahai pemimpin dan masyarakat.Kita tiada masa...

0 comments :: Akal waras terima hukum Tuhan