Showing posts with label Operasi Gerak Kesedaran. Show all posts
Showing posts with label Operasi Gerak Kesedaran. Show all posts
Tugas kita Generasi Reform!!
Perlu orang muda gerakan operasi gerak sedar kepada orang kampung kita.Jika nelayan pun nelayanlah kita kena brief untuk mereka tahu bahawa mereka itu penting untuk Negara.
Jika tiada nelayan mana ada ikan di rumah dan di hotel!Jika penoreh lagi dasyat,jika tiada getah mana boleh Malaysia join industri perusahaan!
Maka,penoreh getah kena kita “ayat”untuk mereka faham berertinya mereka pada Negara dan ajar mereka supaya tidak mudah dibodohkan oleh malaun-malaun pemerintah yang jahil.Begitulah missalnya agenda reform yang ingin kita gerakkan!
Jadi apa isi yang kita perlu terangkan kepada mujtama’ qoryah(masyarakat kampung) ini?Mereka kadang-kadang sebenarnya lebih genius daripada orang intelektual di bandar.
Isu yang kita kena brief pada mereka ialah isu hak dan politik semasa.
Hak aku, hak engkau dan yang penting ialah “engkau mempertahankan hak engkau” daripada dicaca merba oleh orang lain.
Jika bercakap isu politik,kita mesti menerangkan sejauh mana mereka mengetahui kuasa mengundi dan berani meluahkan hak sebagai rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Barulah betul,barulah pemimpin tidak hanya tidur dan datang merasmi program serta terus blah naik kereta besar!
Yang penting gerakkan mereka untuk memilih Pakatan daripada Keris pada PRU akan datang!
4:16 PM
Tahap operasi gerak kesedaran!
Ayat ini ayat dalam bahasa mudah dan sorih (jelas)pada umat Islam dalam
melaksanakan misi reform di muka bumi Allah s.w.t ini.
Namun,memang benarlah bahawa bercakap benarlah walau ia pahit atau kelat
atau memuntahkan.
Pertama ayat qur’an itu merungkai tahap reform dalam operasi harian manusia ialah:
1-Serulah(dakwahlah)ke jalan Allah s.w.t(berpandukan petunjuk Alqur’an dan Al hadis)
2-Hikmat@Kebijaksanaan.
3-Nasihat yang baik.
4-Berdebat(hujah)dengan cara lebih baik.
Konsep yang salah ialah mendiam diri daripada maksiat dan kemusnahan yang berlaku di sekitar kita.Sampai bila kita harus berdiam diri sedangkan Allah S.W.T sudah sediakan tips untuk generasi reformis.Yakinlah pada Allah!
Generasi reformis terdahulu ternyata memahami tahap operasi untuk duduk di dalam kolompok masyarakat.Mereka memahami isi yang disuruh oleh Tuhan melalui Qur'an.
Tahap-tahap untuk memulakan operasi gerak kesedaran perlu merujuk kepada Qur'an dan Hadis.Gerak kesadaran ini memerlukan kitab panduan.
Ayuh generasi reform kita bangunkan ummah!
11:02 AM
Akal waras terima hukum Tuhan
Anugerah yang tidak ternilai pada manusia ialah akal.Akal adalah hadiah dan ia ciri kelainan berbanding haiwan.
Manusia kadang-kadang ingkar pada anugerah ini!Konsep melawan akal yang waras terus menjadi perlembagaan segelintir manusia.
Jika kita tinjau di negara kita,pemuda dan pemudi yang terlibat dengan gejala rempitan mahupun bobrok sosial berpunca dari konsep melawan anugerah akal.
Kita tidak pertikaikan agama namun akal yang waras tidak akan menerima konsep hidup yang bersalahan dan berlawanan dengan apa jua moral.
Saya pernah melihat perbuatan yang tidak masuk akal dan hasilnya ialah kosong dan merana.
Allah s.w.t mengatakan manusia sesat umpama "kal an'aam bal hum adhol"seperti haiwan melata bahkan mereka lebih sesat daripada haiwan melata".
Negara kita seperti mendiamkan diri apabila isu bobrok sosial dibicarakan.Kita tidak melihat satu solusi tegas untuk melawan arus kebiasaan dengan mencuba pula undang-undang tuhan.Jelas,isu ini melambangkan ketidakwarasan dalam berfikir dan berpolitik.
Akal yang waras menerima wahyu agama kerana Tuhan yang menciptakan akal.
Para cerdik pandai pula,tidak cuba mewaraskan akal selaras dengan imu wahyu iaitu Qur'an.Qur'an juga selalu menyuruh golongan ini dengan seruan"afala ta'kiluun"tidakkah kamu berfikir!
Sebagai anak muda Malaysia,saya pasti nada kita adalah serupa apabila kita mengkaji dan menyelidik Qur'an dan sumber kedua iaitu Hadis.
Akal yang sihat akan mengiakan peranan Qur'an! Solusi untuk kembali ke garisan penamat ialah akal waras dan Qur'an dan Hadis.Statistik gejala sosial di Malaysia makin bertambah bebannya dan tiada tanda-tanda penurunan,maka sedarlah wahai pemimpin dan masyarakat.Kita tiada masa...

8:49 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)