Prinsip Reform:Tuntut hak anda

0 comments

Reform kan minda manusia amat susah.Ia memerlukan komitmen tinggi yang tidak berkesudahan.Banyak manusia dinafikan hak mereka namun mereka sendiri tidak ada usaha untuk menuntut.Hak untuk menuntut perkara yang menjadi  milik kita amat perlu dan kita mesti bermatian mempertahankan hak.Misal nya tanah kita yang kita usahakan dirampas tanpa bicara jadi semestinya kita perlu bangkit tuntut secara guna undang-undang atau pun usaha lain yang dapat dilakukan sehingga hak kita dapat dikembalikan(balik asal).

Rakyat tidak selama-lama nya kita menjadi rakyat tapi kita juga perlu jadi lord atau pimpinan masyarakat.Jika kita rakyat biasa tapi kita pastikan anak anda menjadi lord.Kita hidup di negara Malaysia sebagai rakyat merdeka bukan PATI(Pendatang tanpa Izin).

Jadi kita perlu membina dan melatih anak-anak kita untuk belajar menjadi pemimpin negara ini.Jika tidak negara ini akan hanya diwarisi oleh puak-puak dan kroni-kroni pemimpin yang ada hari ini.

Perlu diingati bahawa usaha reform yang dilakukan rakyat marhein kepada anak dan keluarga mereka di Malaysia mesti berpaksikan wahyu Ilahi dan Sabda nabi.

Tidak selamanya kita akan duduk dalam gelap tapi jika anda reform anda akan dapat cahaya!.
0 comments
Apabila melihat kepimpinan baru PKR yang baru selesai kongres maka ia menamatkan "perang kecil" di antara calon-calon bertanding.Buang yang keruh ambil yang jernih.

Agenda reform tidak memerlukan orang jiwa kecil tapi ia perlu dipimpin oleh orang jiwa besar.

Saya  tidak sempat ke kongres tapi hanya berada di restoren mamak beberapa puluh kilometer dari pintu kongres.Tak sempat nak pergi,jumpa kawan dari portal maya The Malaysian Insider.Diskus punya lama dari pagi ke petang.

Malaysia memerlukan pemuka baru dalam industri politik.Pemimpin yang menerima baik idea baru sesuai dengan zaman terkini dan sensasi.

Period masa tidak menunggu kita.Pemuka baru perlu lebih tenaga melebihi kebiasaan untuk membangun negara.Pimpinan korup hari ini mesti ditolak rakyat.

PKR ada kawan baik seperti Pas.Pas mampu pergi jauh.Minyak hitamnya tahan lama.Parti Islam itu perlu menongkah arus kebiasaan dan merubah pendekatan statik dan sterostype  kepada pendekatan lebih sesuai dengan zaman terkini namun masih lagi berada lama frame Islam.

Ahli Pas perlu jiwa besar dan cerdik.Bagaimana untuk deliver topik Islam dengan cara paling baik kepada mad'uu atau golongan sasar.

Ahli Pas jarang membantah pimpinan,malah mereka kadang-kadang tidak mahu jawatan dalam parti tapi hanya mahu membantu parti Islam itu menenggelamkan UMNO dan BN.

Pas hidup dengan nadi rakyat dan sokongan padu ahlinya yang komited dengan sedekah dan dibantu dengan doa golongan marhein di seluruh Malaysia.

PKR perlu realistik untuk menerima PAS menjadi leader Pakatan rakyat.

Parti Islam Pas perlu bersedia awal untuk menggantikan Umno.

REFORMASI!

1 comments


Apabila Zaid Ibrahim dan Mustapa Kamil mula bersuara kepada  DS Anwar maka kita boleh melihat demokrasi penuh dalam Pkr.
Agenda reform bukan bermula dengan Anwar tapi anwar hanya penyambung mata rantai agenda reformasi.
Jika memberi komentar dalam isu ini,saya hanya lihat dari sudut medium sahaja.Maksudnya ,medium mengkritik,bagi saya,Zaid dan Mustapha kamil tidak perlu mengkritik secara terbuka dengan media jika sayang parti kerana ia vitamin buat Umno.Jika kritik dan nak bersilat teruskan bersemuka dengan KETUA UMUM.
Apakah rumah Pkr akan runtuh jika konflik ini berlaku?Konflik ini memuncak dan Saifudin Natusion kena galas maruah dan menjawab tomahan ini.Saya lihat semangat  chegu Bard memuncak mengenderai reform ini dan Anwar mesti bagi full support kepada semua calon tanpa kira bulu.
Begitu juga dengan cara pemilihan pimpinan secara terbuka,adakah sesuai?mahu tiru cara Umno?Lihat Pas,cara pemilihan melalui perwakilan dan syura lebih rapat dengan ruh ISLAM.
DS  Anwar Ibrahim perlu mendengar nasihat lawan dan kawan,teringat saya pada kisah Allahyarham Ust Fadzil Noor yang menasihati DS Anwar jangan masuk UMNO,tapi DS Anwar masuk juga.
Mendengar nasihat dan membaiki cara teguran amat signifikan buat DS Anwar Ibrahim pada masa sekarang.

Guru Politik Terkena Tuba

0 comments
Setiap pemimpin ada gaya tersendiri.Pemimpin yang bagus akan merekrut pelapis dengan mauduk yang betul. Proses melatih dan merekrut ini berlaku dalam organisasi politik.

Banyak sejarah, jika ditanya kepada mereka yang bergelar pemimpin akhirnya anak didiknya menjadi petualang bukan pengislah.

Sedikit sekali mereka yang direkrut, mengingati jasa pemimpin mereka yang mungkin sudah dilabel sebagai guru,tok guru dan sebagainya.Kita lihat Saudara Anwar akhirnya dilawan oleh Ezam.
Terlalu banyak contoh sejarah hitam, guru yang merekrut pelapis, akhirnya mereka terkena tuba yang diberi oleh anak didik mereka sendiri.

Dalam Islam,kita melihat sesuatu yang sungguh indah,prinsip serta akhlak hormat kepada guru walaupun guru itu non muslim .Guru politik ini perlu diberi sekalung penghargaan kerana mungkin juga guru inilah yang menaikan pelapis itu ke tangga arena siasah.

Apabila etika Islam dipinggirkan maka akan berlaku pengecutan akhlak dalam politik dan seterusnya binaan siasah yang baik tidak akan berlaku.

ANUGERAH DARI ISTANA

0 comments



Anugerah gelaran tertinggi daripada institusi istana seperti anugerah dari Yang diPertuan Agong/Sultan/Raja/Yang dipertuan Negeri amatlah wajar kerana ia adalah satu tanda dan satu tradisi masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.
Gelaran seperti Dato’,Datuk,Tan Sri,Datuk Seri dan apa jua anugerah juga menandakan hubungan kepercayaan erat dari Istana kepada rakyat yang berjasa.Itulah kehebatan budaya Melayu di Malaysia ini.
Namun,anugerah Datuk mahupun apa jua anugerah, amat wajar diberikan secara telus dan mengambil kira jasa dan pandangan awam.
Kriteria telus dan berintegriti perlu diambil kira selain moral individu tersebut berada di tahap baik pada pandangan awam.
Kita tidak mahu anugerah diberikan pada orang-orang yang tidak layak mahupun hanya yang berpangkat serta ada nama saja sehingga kadang-kadang wujudnya title “Datuk palsu”yang boleh mengelirukan masyarakat awam.
Kes pembunuhan Datuk Sosilawati sebenarnya banyak memberikan pengajaran buat masyarakat serta kerajaan UMNO.Suspek utama kes tersebut juga bergelar Datuk.!
Apakah kerajaan Umno melihat perkara ini biasa saja sedangkan banyak penipuan berdasarkan gelaran ini berlaku di tengah masyarakat.Pakatan rakyat juga perlu desak Kerajaan supaya menyelongkar kes orang-orang berstatus tinggi untuk dibicarakan di Mahkamah jika ada.
Pimpinan Istana di Malaysia juga perlu ambil peduli isu ini.
Kami sebagai rakyat  amat mengalu-alu cadangan beberapa pihak untuk disenaraikan penerima anugerah pangkat kebesaran dan lain-lain pangkat dipamerkan di laman khas.
Cadangan supaya dipamerkan nama individu yang mendapat gelaran ini perlu disokong,bukan untuk menunjuk-nunjuk, namun ia bertujuan membina integriti mahupun mengelakkan penipuan kepada golongan rakyat marhein yang mungkin berurusan dengan golongan ini.

Kes Allahyarhamah Datuk Sosilawati patut membuka minda BN

0 comments

Pembunuhan kejam ke atas Allahyarhamah Datuk Sosilawati sepatutnya memberikan pengajaran kepada Kerajaan Malaysia.

Isu ini ialah isu yang berkait rapat dengan corak pemerintahan Kerajaan BN dan juga merobek karenah birokrasi serta kedhaifan kerajaan dalam memantapkan tahap integriti dalam masyarakat.
Kes ini memberi ajaran kepada kita bahawa jika penjenayah berstatus"ikan bilis"maka ikan-ikan ini akan ditangkap dengan segera macam BN mengarahkan Polis menangkap penyokong-penyokong demostrasi isu ISA.

Namun jika penjenayah berstatus "ikan jerung"atau"tiger"maka pencarian bukti dan proses pendakwaan pun memakan masa sedangkan sudah banyak report Polis telah dibuat oleh orang awam.

Ada juga kemusykilan orang awam tentang konsep integriti pihak berkuasa seperti Polis.Apakah pihak Polis lupa dengan lencana integriti yang dipakai di baju seragam mereka hari-hari?.

Rakyat sebenarnya tidak terkejut dengan jenayah yang berlaku, kerana hari-hari mereka dihidangkan dengan berita jenayah seluruh negara namun rakyat menunggu apa solusi nya?Apakah isu ini dibiarkan sebagaimana biasa,?Apakah pengakhiran kepada drama jenayah yang berlaku?

Kejadian jenayah ini tidak akan berhenti di sini dan akan terus berlaku jika pemerintah tidak mengambil langkah pencegahan awal dan memikirkan semula tentang  undang-undang sivil rekaan manusia yang sedia ada di Malaysia.

Apakah tidak boleh dikaji sistem undang-undang Islam yang meliputi Qisas,Hudud dan Takzir?Saya cadangkan kerajaan BN pergi belajar konsep undang-undang syariah ini dengan kerajaan Pas di Kelantan.

Rakyat mahukan perubahan dalam sistem negara.Kecekapan dan integriti Polis serta BPR amat diperlukan.Pimpinan Negara perlu telus dan wajib mengistiharkan harta mereka pada khalayak.Isu jenayah yang menjadi-jadi ini memerlukan tindakan segera dari bawah ke atas.Hayatilah agama dalam kehidupan dan bernegara.

Rakyat sedang melihat dan rakyat sudah bijak.BN akan dimuziumkan jika tidak memperkasakan sistem pemerintahan sedia ada.Teruskan Reform,baca dan terus sebarkan pada rakyat!

TOKOH PEMBAHARUAN!

0 comments

“Semua tokoh pembaharu mempunyai ciri yang hampir sama”.Inilah hasil perbincangan usrah  dengan para student-student yang berada selama satu jam di dalam kumpulan usrah .Albanna,sya’rawi,abu ala maududi,Pak Hamka,Syed Qutb dan banyak lagi tokoh gerakan pembaharuan yang lain.

Mereka ini boleh diringkaskan mempunyai beberapa ciri berikut:


1-Keazaman yang meluap dan membara meninggikan Islam.
2-Faktor pendesak sangat kuat seperti elemen penjajahan dan keruntuhan Khilafah.
3-Kebangkitan melalui cara memperkasakan media dan menerbitkan media-media terbaru.
4-Kejahilan umat Islam semakin meningkat hasil sekularisma.
5-Proses perkaderan yang amat mantap dan tersusun.

Inilah hasil revolusioner dalam masyarakat mereka.Pangkat dan harta serta nyawa menjadi taruhan mereka asalkan maruah Islam dan anak bangsa tidak dipijak-pijak sembarang sahaja oleh petualang.Saya ingin hidupkan semangat anak muda dengan semangat itu.